Tazkirah

Dengan nama Allah , Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani ,
Assalamualaikum ,

Sihat tak sihat tak sihat tak (Muka budak baik lagi prihatin) . Bersyukurlah kepada Allah kalau korang semua sihat sejahtera . Kalau tak sihat bersabarlah ya . Ajak mak pergi kelinik 1 Malaysia , satu ringgit je kos perubatan (=

Ok sila tengok title post . Dah tengok semua ? Dah . Maka sekarang bermulalah tazkirah kita , jeng3 ...

Tau tak , orang2 yang sakit ni diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT . Betul ke ? Tapi ada syaratnya. Nak tau ? Nak tau kena sambung baca ... Hm .. syaratnya , korang kenalah reda dan sabar . Kita diuji dengan sakit sama ada untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu atau meningkatkan darjat keimanan kita kepada tuhan . Betul ni ! Heee .

Allah SWT memang suka kalau kita selalu mengingati-Nya. So semua jadilah hamba Allah SWT yang baik . Sentiasa mengingati-Nya pada waktu senang atau susah. Waktu sihat atau sakit. Cintailah Allah SWT dengan jujur. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kita. Orang yang sentiasa ada Allah SWT di hatinya akan berasa tenang. Sebab dia yakin Allah SWT bersama dengannya .

So so so kalau kita sakit atau susah jangan cepat marah atau putus asa. Berbaik sangka kepada Allah SWT. Insya-Allah kita akan lebih disayangi Allah <3 Bukankah itu tujuan hidup kita . Menjadi hamba yang diredhai dan dikasihi-Nya .

Dah selesai sahaja tazkirah pada hari ini . Hahaha ,
Wassalam,

post signature

No comments: